Monday, October 3, 2011

Rukun Islam dan Rukun Iman

Kaabah, Mekah
Masjid Nabawi, Madinah
Rukun Islam
  1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT: Mengucap di lidah dan mengaku di hati “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah pesuruhNya
  2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM: Solat mengikut Rukun Solat 13 iaitu Subuh pada waktu awal pagi, Zohor pada waktu tengahari, Asar pada waktu petang, Maghrib pada waktu senja, dan Isyak pada waktu malam.
  3. BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN: Menahan hawa nafsu daripada makan dan minum serta menjauhi segala pantang larang dalam berpuasa pada bulan Ramadhan.
  4. MENGELUARKAN ZAKAT: Menyerah dan membahagikan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang layak mendapat zakat mengikut hukum Syarak.
  5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH: Menziarahi Baitullah untuk mengerjakan Haji bagi yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  
Rukun Iman
  1. BERIMAN KEPADA ALLAH: Wajib percaya dan yakin kewujudan Allah dan mengenal dan memahami 99 nama-nama Allah serta sifat 20 yang ada pada Allah.
  2. BERIMAN KEPADA PARA MALAIKAT: Wajib percaya dan yakin kewujudan Malaikat iaitu sekurang-kurangnya 10 Malaikat beserta tugas-tugas mereka.
  3. BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB: Wajib percaya dan yakin kewujudan kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya dan isi kandungan yang terdapat dalam keempat kitab Allah iaitu Zabur, Taurat, Injil, Al-Quran.
  4. BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL: Wajib percaya dan yakin kewujudan segala Nabi dan Rasul dan apa yang dibawa oleh mereka sebagai Wahyu dan Utusan dari Allah.
  5. BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT: Wajib percaya dan yakin kewujudan Akhirat iaitu tempat pembalasan bagi yang mengerjakan amal kebajikan dan amal kejahatan. beramal kebajikan dibalas Syurga Allah dan beramal kejahatan dibalas Neraka Allah.
  6. BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR: Wajib percaya dan yakin segala apa yang terjadi samada baik atau buruk telah pun ditulis dan ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi iaitu sebelum segala sesuatu diciptakan Allah lagi.

No comments:

Post a Comment